Latar Belakang Dana Rahmah

Dana Rahmah adalah sebuah entiti yang mewakili Medic IG Holdings Sdn. Bhd. dan anak syarikat dalam usaha menjalankan tanggungjawab sosial korporat.

Ia ditubuhkan pada September 2019 dengan tanggungjawab untuk merangka program kebajikan bagi memudahkan cabaran penjagaan kesihatan melalui platform kerjasama seperti:

Logo Dana Rahmah
Program Tabung Perubatan Pesakit YKN-Medik Nur

Program Tabung Perubatan Pesakit YKN-Medik Nur merupakan kerjasama pertama antara hospital swasta dengan pihak Yayasan Kebajikan Negara dalam memberikan rawatan berbentuk elektif tanpa bayaran kepada golongan B40 dan asnaf.

Tabung Perubatan YKN-Medik Nur diselia sepenuhnya oleh pihak YKN. Dana diperolehi melalui sumbangan syarikat korporat dan orang perseorangan termasuk sumbangan peribadi doktor-doktor pakar Hospital Pakar An-Nur(An-Nur). 

Program Kemudahan Perubatan (Al-Gharim)

Program ini terbuka kepada semua pesakit An-Nur yang (tidak terdiri dalam kategori B40 dan asnaf) bagi memberikan kemudahan pembayaran kos rawatan secara fleksibel. Kemudahan ini merangkumi semua jenis rawatan dan tertakluk kepada kelulusan pihak Dana Rahmah.

Melalui program ini, Dana Rahmah dapat meringankan bebanan pesakit dalam mengurus rawatan dan kewangan mereka.

Rasional

Kesihatan merupakan aspek yang penting untuk kesejahteraan fizikal, mental dan sosial  khususnya dalam keseimbangan ekonomi sesebuah keluarga. Menurut Laporan Tahunan 2018, Hospital Putrajaya sebanyak 4,870 kes pembedahan elektif direkodkan. Angka yang besar ini menunjukkan bahawa ramai pesakit memerlukan rawatan dan perkhidmatan ini.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor, bagi tempoh Januari-September 2019,  bantuan perubatan yang disalurkan diseluruh selangor kepada golongan fakir miskin adalah sebanyak RM8,969,563 manakala bagi kos rawatan dialisis adalah sebanyak RM5,579,086. Bantuan Perubatan melalui kod Asnaf Gharimin dalam tempoh yang sama adalah sebanyak RM11,211,875 bagi hutang Perubatan. Jumlah ini jelas menunjukkan bahawa  purata golongan yang kurang berkemampuan dalam Negeri Selangor termasuk 8353 jumlah keluarga asnaf dalam daerah Hulu Langat.  

Melihat keperluan dan ruang ini, atas dasar inilah diwujudkan Dana Rahmah sebagai medan yang akan beroperasi dan bergerak menyantuni golongan-golongan yang disebutkan di atas utk diberikan perkhidmatan rawatan kesihatan. Adalah menjadi tanggungjawab sosial korporat bagi pihak An-Nur untuk menyantuni dan meringankan bebanan golongan sasaran dalam memberikan perkhidmatan rawatan kesihatan.

Sumbangan

Untuk rekod, sehingga Julai 2020, sebanyak RM 107,994.00 telah di berikan kepada 11 orang pesakit yang layak melalui Program Tabung Perubatan Pesakit YKN-Medik Nur dan Program Kemudahan Perubatan (Al-Gharim).

Medic IG Holdings

An-Nur Specialist Hospital

OPERATION HOURS
OUR LOCATION

Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.